YB. Encik Abd Rahim Muda turun padang meninjau kebersihan premis dan syarat lesen perniagaan di Pasar Besar Kuantan dan kawasan sekitar sempena Ops Bersih dan Pelanggaran syarat lesen perniagaan di sini.

HOTEL DISYAKI TEMPAT KEGIATAN MAKSIAT DIKOMPAUN DAN DIARAH TUTUP SERTA MERTA

Oleh Mahathir Ali

KUANTAN, 14 FEBUARI 2020: Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Encik Abd Rahim Muda turun padang meninjau kebersihan premis dan syarat lesen perniagaan di Pasar Besar Kuantan dan kawasan sekitar sempena Ops Bersih dan Pelanggaran syarat lesen perniagaan di sini semalam.

Dalam operasi itu, pelbagai kesalahan dan pelanggaran syarat oleh peniaga telah dikenal pasti dan dikenakan tindakan melibatkan 14 kompaun dengan jumlah bernilai RM5,500.

Antara kesalahan adalah seperti membina bangunan tambahan tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), kegagalan menjaga kebersihan premis perniagaan, memelihara ayam hidup di dalam premis dan tidak mempamerkan tulisan Jawi pada papan tanda iklan.

Sebuah hotel juga telah diarahkan tutup serta merta dan dikenakan kompaun kerana mengubahsuai dalaman bangunan dengan membina bilik-bilik kecil yang disyaki untuk kegiatan maksiat.

Ops Bersih dan Pelanggaran syarat – syarat Lesen perniagaan hari ini turut disertai SWcorp dan Alam Flora.

Hadir sama, pengerusi Pelesenan MPK, YH Dato’ Wan Solihin Wan Hassan.

Operasi ini akan diadakan dari masa ke semasa bagi memastikan pengusaha perniagaan mematuhi syarat-syarat perniagaan dan menjaga kebersihan premis mereka. – PAHANGMEDIA

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: