Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Semantan, YB. Dato' Haji Nor Azmi Mat Ludin beramah mesra dengan peniaga Pekan Sehari di Kampung Pamah Kasih, Temerloh.

HIKMAH PKP, SEKUMPULAN WANITA BERJAYA BUKA MINI PEKAN SEHARI

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Mahathir Ali

TEMERLOH, 1 OKTOBER 2020: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan memberi hikmah kepada sekumpulan wanita di Kampung Pamah Kasih di sini apabila berjaya mewujudkan mini pekan sehari sejak dua bulan lalu.

Wakil peniaga, Asmah Ismail, 43, berkata, PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan akibat pandemik COVOD-19 menyebabkan ramai peniaga termasuk di kawasan sekitar kampung ini terjejas pendapatan mereka.

“Alhamdulillah, selepas PKP tamat, beberapa individu membuat perbincangan untuk mewujudkan mini pekan sehari ini yang diadakan setiap hari Rabu bagi membantu penduduk kampung menjana pendapatan.

“Bermula sejak dua bulan yang lalu kini terdapat kira-kira 30 peniaga menjalankan pelbagai peniagaan di sini bermula jam 8.30 pagi. Mula-mula berniaga tanpa khemah, kini semua peniaga sudah mampu untuk membeli khemah,” katanya ketika ditemui di pasar berkenaan semalam.

Kegembiraan jelas terbayang di wajah wanita yang berniaga di Pekan Sehari, Kampung Pamah Kasih.

Sebelum itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Semantan, YB. Dato’ Haji Nor Azmi Mat Ludin mengadakan lawatan ke pasar berkenaan.

Katanya lagi, peserta bukan sahaja di kalangan wanita, namun lelaki juga turut sama berniaga malah kehadiran pengunjung semakin hari semakin ramai apabila mereka menggunakan media sosial untuk mempromosikan mini pekan sehari itu.

Sementara itu, seorang peniaga, Erna Irriana Muda, 35, sebelum ini dia hanya berniaga secara dalam talian, namun selepas PKP dia mula berniaga di pasar ini bagi membantu kewangan keluarga.

“Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai orang yang datang ke pasar ini untuk mencari pelbagai barangan yang ada dijual di sini termasuk barang basah, pakaian, makanan dan minuman,” katanya yang menjual kek bajet.

Sementara itu, YB. Dato’ Haji Nor Azmi berkata, pihaknya menyambut baik langkah peniaga-peniaga di sini yang membuka mini pekan sehari bagi meningkatkan pendapatan mereka.

“Perkara ini adalah sesuatu yang amat baik untuk mereka kena bukan sahaja dapat menjana pendapatan tetapi memudahkan orang kampung untuk memberi barang keperluan. Tahniah kepada semua yang terlibat,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: