Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail menggesa rakyat Pahang supaya melaksanakan bancian bagi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) secara dalam talian (e-Census) sebelum memulakan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Pahang di Pejabat Daerah Dan Tanah Cameron Highlands disini hari ini.

HANYA TIGA PERATUS PENDUDUK PAHANG ISI E-CENSUS KATEGORI TEMPAT KEDIAMAN

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Mahathir Ali

CAMERON HIGHLANDS, 9 SEPTEMBER 2020: Hanya tiga peratus sahaja penduduk di negeri ini mengisi borang Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) secara dalam talian e-Census bagi ketegori tempat kediaman setakat ini.

YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak berkata secara keseluruhan negeri ini mencatatkan 12 peratus daripada sasaran awal yang diletakkan oleh Kerajaan Negeri.

“Pahang mensasarkan 55,000 penyertaan di dalam e-Census dan setakat ini kita telah mencapai 12 peratus daripada yang disasarkan.

“Bagi memastikan jumlah ini dapat dicapai sebelum tarikh akhir pada 30 September ini dan hari ini, YAB Menteri Besar Pahang bersama-sama semua penjawat awam di negeri Pahang telah melaksanakan e-Census mulai pada 10 pagi tadi sehingga 11 pagi ini,” katanya.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang telah melaksanakan bancian bagi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) secara dalam talian (e-Census).

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) secara dalam talian e-Census di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands di sini hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri meletakkan harapan yang tinggi dalam memastikan borang bancian secara atas talian ini dapat dikumpul bagi mengurangkan sampel secara bersemuka.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pahang, Puan Yusnita Mohd Yusof berkata pihaknya mengharapkan peratusan bancian di negeri ini dapat ditingkatkan kepada 30 peratus sebelum tarikh akhir bancian.

“Kalau boleh kita nak naikkan, kita nak capai 30 peratus dan lagi bagus 50 peratus jumlah peratusan bancian melalui e-Census ini.

YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak menunjukkan bancian bagi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) secara dalam talian (e-Census).

“Kerana kalau ikut penduduk tempat kediaman, kita ada 440,000 tempat kediaman, jadi sehingga hari ni kalau kita tengok tempat kediaman yang menggunakan e-Census hanya 8,000 lebih di mana baru tak sampai tiga peratus.

Beliau berkata pihaknya memohon semua penjawat awam dan rakyat Pahang untuk mengisi borang e-Census ini sebelum 30 September.

“Ini supaya kita dapat melakukan bancian dalam new normal dan dapat mengurangkan bancian ke rumah secara bersemuka,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download