Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Rumbia, Mohd Aznizam Kassim tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kerana telah membuat kenyataan yang salah dalam portal PahangDaily baru-baru ini berkenaan isu pengagihan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Padang Rumbia di Pekan.

GURU TAMPIL MOHON MAAF, BUAT KENYATAAN SALAH DI PAHANGDAILY

Oleh: Mahathir Ali

KUANTAN, 22 JANUARI 2021: Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Rumbia, Mohd Aznizam Kassim tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kerana telah membuat kenyataan yang salah dalam portal PahangDaily baru-baru ini berkenaan isu pengagihan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Padang Rumbia di sini.

Beliau membuat permohonan maaf itu secara rela hati dihadapan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bebar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff di SK Temai di sini selepas program gotong royong membersihkan sekolah berkenaan.

Turut hadir, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pekan, Encik Mohd Razali Mustafar.

Mohd Aznizam berkata, beliau terpanggil membuat permohonan maaf itu setelah mendapati segala apa yang ditulis dalam portal berita itu sebenarnya tidak mempunyai bukti yang kukuh lagi sahih dan hanya bersandarkan sumber yang tidak dapat dipastikan benar atau tidak.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bebar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff kepimpinan Kampung Padang Rumbia menghantar bantuan kepada mangsa banjir yang tidak pindah ke PPS Padang Rumbia.

Katanya, disebabkan beberapa kenyataannya dalam komen portal berita itu telah memburukkan nama Kerajaan Pahang termasuk kepimpinan di Pekan seperti YB kawasan Bebar dan Ahli Parlimen Pekan.

“Malah masyarakat di kampung juga semakin berbalah dan tidak harmoni seperti dahulu setelah portal berita itu mengeluarkan beberapa berita yang tidak tepat serta mendatangkan kesan yang tidak baik kepada masyarakat,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama memohon maaf kepada Ketua Kampung Padang Rumbia, Encik Mohd Basari Abd. Malek dan Penghulu kerana telah mengakibatkan imej kepimpinan di situ tercemar.

Dia meminta agar semua penduduk jangan percaya apa yang ditulis dalam portal itu dan menyeru mereka agar kembali bersatu-padu dan saling menghormati.

Sementara Ketua Kampung Padang Rumbia dilaporkan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan di sini pada Selasa lalu.

Sementara itu, menurut YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin, selaku wakil rakyat, beliau mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Aznizam kerana berani menyatakan perkara yang sebenar dan juga kepada PPD Pekan yang dapat memastikan imej dan profesion guru tidak tercemar.

“Saya berharap, perkara yang timbul ini menjadi tauladan kepada semua pihak termasuk pendidik. Pendidik merupakan orang yang dikagumi dan hendaklah menjadi contoh terbaik kepada masyarakat setempat dan jauhilah fitnah yang hanya memecah belahkan kita sebagai masyarakat di kampung.

“Pendidik sebagai penjawat awam hendaklah bersama-sama kepimpinan kerajaan masa kini untuk memastikan keharmonian kampung malah kesusahan dan keperluan rakyat ketika bencana seperti banjir ini dapat ditangani bersama sebaik-baiknya.

Ketua Kampung Padang Rumbia, Encik Mohd Basari Abd. Malek dilaporkan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan di sini pada Selasa lalu.

“Saya juga telah menyiasat sedalam-dalamnya perkara ini, tohmahan yang dilemparkan PahangDaily kepada ketua kampung tidak berasas sebenarnya, malah tidak banyak pun kesilapan yang dilakukan oleh Ketua Kampung tambahan pula bertugas dimasa kecemasan ini bukan satu perkara yang mudah.

“Ia perlu dilaksanakan sebaik mungkin dikalangan semua kepemimpinan kampung dibantu penjawat-penjawat awam seperti guru-guru yang terlibat juga,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, menurut Encik Mohd Razali Mustafar, beliau menasihatkan pendidik sebagai penjawat awam, jangan sesekali membuat apa-apa kenyataan sama ada secara lisan atau bertulis yang menjurus kepada memburukkan kepimpinan kerajaan.

“Tindakan ini bercanggah dengan tatakelakuan kakitangan penjawat awam yang menjelaskan bahawa guru dilarang daripada melakukan sebarang bentuk pernyataan awam khususnya yang boleh memburukkan kerajaan, saya juga sering mengingatkan kenyataan ini kepada semua guru-guru di Pekan ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download