Haziman Zakaria ketika menerima anugerah kecemerlangan daripada Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP, YH. Tan Sri Dato' Sri Profesor Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, pada Majlis Istiadat Konvokesyen UCYP dan KYP 2020 secara virtual di Kampus Utama, di Kuantan, semalam.

GRADUAN CEMERLANG UCYP MAHU PERTINGKAT PENCAPAIAN

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 18 OKTOBER 2020: Penerima Anugerah Tuanku Canselor Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) berhasrat untuk membuka sebuah taska yang memfokuskan kepada kanak-kanak berkeperluan khas.

Nur Fatinhani Muhamad Rizuan, 22, graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak itu berkata, dia amat meminati bidang asuhan kanak-kanak dan berhasrat untuk terus mendekati golongan itu.

“Saya merancang untuk membuka taska keperluan khas kerana saya kasihan terhadap anak-anak istimewa ini yang mana tempatnya begitu terhad dan saya ingin membantu mereka,” katanya.

Nur Fatinhani Muhamad Rizuan, 22.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) selepas Majlis Istiadat Konvokesyen UCYP dan KYP 2020 secara virtual di Kampus Utama, Tanjung Lumpur, di sini, semalam.

Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP, YH. Tan Sri Dato’ Sri Profesor Dr. Noorul Ainur Mohd Nur dan turut dihadiri Naib Canselor UCYP, YH. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Haji Zainuddin dan Ketua Pengarah Akademik Kolej Yayasan Pahang (KYP), Cik Nazatul Niza Nordin.

Sementara itu, penerima anugerah tunggal bagi Ijazah Sarjana di dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (MBA), Haziman Zakaria, 28, pula bercita-cita untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam masa terdekat ini.

Beliau yang telah memiliki empayar perniagaannya sendiri iaitu Madu Kelulut Pak Ya menganggap menimba ilmu merupakan sesuatu yang penting bagi meningkatkan pengetahuan supaya dapat diguna pakai di dalam perniagaannya.

“Perkara penting di dalam pembelajaran adalah apa yang kita mahukan daripada kelulusan yang diperoleh dan saya merancang untuk mengaplikasikan apa yang telah dipelajari bagi membantu meningkatkan perniagaan saya,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 12 graduan cemerlang telah menerima anugerah iaitu Anugerah Tuanku Canselor UCYP, Hadiah Kecemerlangan Kepimpinan Menteri Besar Pahang, Hadiah Kecemerlangan Akademik Yayasan Pahang, Hadiah Kecemerlangan Kepimpinan Pengarah Urusan dan Hadiah Kecemerlangan Akademik Yayasan Pahang. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 111 total views

Please follow and like us:
error
error: