GEMA SELAWAT DI KUALA TEKAL SEMPENA MAJLIS MEMPERINGATI ULAMA

Oleh Shahrinnahar Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

TEMERLOH : Kampung Kuala Tekal di sini bergema dengan selawat dan bacaan doa sempena Majlis Memperingati Tokoh Ulama (HAUL) Kampung Kuala Tekal Tahun 2020 hari ini.

Acara tahunan itu dihadiri lebih 1,000 orang termasuk pelajar dan ulama dari seluruh Malaysia serta luar negara termasuk pendakwah terkenal iaitu Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Majlis yang diadakan bermula jam 5 petang dimulakan dengan sesi Daurah Bersama Tokoh Ulama di Ribath Ba’alawi Kampung Kuala Tekal.

Seterusnya semua hadirin berarak ke makam ulama tidak jauh dari situ dan diadakan tahlil diikuti bacaan doa.

Majlis diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah di Masjid Kampung Kuala Tekal, selawat, tausiah dan Solat Isyak berjemaah.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: