YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak

GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEMATIAN BUKAN ISLAM SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DI PAHANG

KUANTAN, 21 MAC 2020: Kerajaan Negeri Pahang telah mengeluarkan garis panduan mengenai pengurusan kematian dan pengebumian bagi individu bukan beragama Islam yang meninggal dunia bukan disebabkan wabak COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak berkata, arahan itu berkuatkuasa mulai 21 sehingga 31 Mac ini atau sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ditarik balik dan terpakai di semua daerah di negeri ini.

Beliau berkata, mereka yang ingin menguruskan kematian dan pengebumian perlu mendapatkan permit pengecualian Perintah Kawalan Pergerakan daripada Ketua Polis Daerah.

Menurutnya, kehadiran juga perlulah minima atau tidak melebihi 10 orang yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat sahaja yang telah mengisytiharkan diri mereka sihat untuk dibenarkan mengiringi si mati ke tanah perkuburan atau tapak krematorium.

“Upacara sembahyang mengikut agama atau adat hendaklah dilaksanakan di rumah dan perlu diselesaikan dalam tempoh masa yang paling minima tanpa upacara perarakan manakala urusan pengebumian juga hendaklah diselesaikan dalam tempoh masa paling minima,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: