GANGGUAN TELEFON, INTERNET DI CAMERON HIGHLANDS PULIH

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 20 FEBRUARI 2020 : Gangguan melibatkan perkhidmatan telefon dan internet di seluruh kawasan Cameron Highlands telah berjaya dipulihkan sepenuhnya petang ini.

Pengurus Besar Telekom Malaysia (TM) Pahang, YH. Dato’ Zulfikri Hashim berkata gangguan yang bermula 12.41 tengah hari semalam telah berjaya dipulihkan pada 7.45 petang hari ini.

Beliau berkata masalah itu disebabkan oleh kemalangan yang berlaku di dua kawasan iaitu di Ringlet dan jalan menghala ke Tapah yang mengakibatkan berlakunya kerosakan pada fiber optik.

“Gangguan ini melibatkan keseluruhan kawasan Cameron Highlands yang memberi kesan kepada 8,563 akaun melibatkan semua pelanggan talian telefon dan internet termasuk juga gangguan kepada pelanggan korporat seperti bank di kawasan tersebut.

“Gangguan yang telah melebihi tempoh 24 jam ini membuatkan semua talian telefon dan internet kecuali WiFi terjejas sepenuhnya di kawasan berkenaan sebelum ini,” katanya ketika dihubungi UKOMP hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang bercadang untuk bercuti ke Cameron Highlands tidak perlu khuatir mengenai hal ini kerana pihak TM telah menyelesaikan isu ini sepenuhnya.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: