Pasukan petugas bersiap sedia untuk melakukan proses sanitasi di sekitar daerah Pekan, hari ini.

FASA PERTAMA SANITASI LIBAT TIGA DAERAH

Oleh: Fairus Mohd

PEKAN, 31 MAC 2020: Beberapa buah kawasan utama berisiko tinggi di tiga buah daerah dalam Pahang iaitu Kuantan, Pekan dan Jerantut telah menjalani aktiviti sanitasi awam (nyahcemar) COVID-19 bagi mengekang penularannya.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Zahar Abdullah berkata, kawasan tumpuan yang dimaksudkan ialah tempat tumpuan awam.

“Bagi Daerah Pekan, kita ada kelainan sedikit kerana memberi tumpuan kepada satu kawasan perkampungan iaitu Kampung Cenderawasih, Sungai Miang ekoran terdapat satu kes positif COVID-19 yang kita peroleh dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

“Pesakit merupakan dari kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling dan dia juga aktif ke surau yang terdapat dalam kampung untuk berjemaah bersama penduduk kampung. Jadi kita bimbang dengan kemungkinan melibatkan kira-kira 2,000 penduduk di kawasan yang agak padat di situ,” katanya ketika ditemui UKOMP di Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, di sini.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan proses sanitasi menggunakan jentera bomba di sekitar daerah Pekan hari ini.

Sementara itu beliau berkata, sanitasi awam yang dilakukan turut mendapat sokongan daripada beberapa agensi termasuk Majlis Daerah Pekan (MDP), SWCorp, polis, Jabatan Kesihatan Daerah dan Negeri serta Alam Flora membabitkan 50 orang petugas.

“Selain perkampungan tersebut, kita turut melakukan sanitasi di pusat bandar Pekan termasuk lingkungan kaki lima yang menjadi tumpuan termasuk pasar besar, premis-premis perniagaan, bank serta Ibu Pejabat Daerah (IPD) Pekan.

“Proses sanitasi ini akan diulangi mengikut keperluan dan kita dalam perancangan untuk melaksanakannya di daerah lain bagi memastikan usaha mengekang penularan wabak COVID-19 berkesan,” katanya.

Katanya lagi, walaupun Pahang tidak tersenarai sebagai negeri red zone, namun langkah pencegahan dan pengawalan perlu diambil awal bagi mengelak penyakit berkenaan tular dengan pantas. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: