Ahli Parlimen Pekan, YB Dato' Sri Najib Tun Razak ditemani Ahli Dewan Negeri Chini, YB Encik Mohd Sharim Md Zain (dua kiri) memberi perhatian surat permohonan rakyat selepas Majlis Ramah Mesra di Felda Chini 3 hari ini.

FASA PERTAMA KILANG KERTAS DI PALOH HINAI DIJANGKA SIAP DISEMBER

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib
Foto: Mahathir Ali

PEKAN 24 OKTOBER 2020: Fasa pertama kilang kertas di Paloh Hinai dijangka siap Disember ini dan bakal menyediakan peluang pekerjaan untuk anak tempatan terutama dalam kawasan Dewan Negeri (DUN) Chini.

Ahli Parlimen Pekan, YB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, untuk fasa pertama ini sebanyak 160 peluang pekerjaan akan disediakan untuk anak tempatan dan apabila siap sepenuhnya sebanyak 3,000 peluang pekerjaan akan tersedia.

(Gambar File) Ahli Parlimen Pekan, YB Dato’ Sri Najib Tun Razak mengadakan lawatan kerja ke kilang kertas NextGreen Pulp & Paper Sdn Bhd di Green Technology Park, Paloh Hinai baru-baru ini.

“Projek ini sangat bermakna untuk penduduk di Parlimen Pekan kerana jika siap nanti akan memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada golongan muda malah peneroka itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Ahli Parlimen Pekan Bersama Kepimpinan Masyarakat Dewan Negeri Chini di Dewan Semai Bakti Chini 3 di sini hari ini.

Antara penduduk yang hadir pada Majlis Ramah Mesra Ahli Parlimen Pekan Bersama Kepimpinan Masyarakat Dewan Negeri Chini di Dewan Semai Bakti Chini 3.

Turut hadir, Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini, YB. Encik Mohd Sharim Md Zain.

Pada 19 Jun lalu, kilang ini dikunjungi oleh YB Dato’ Sri Mohd Najib, diringi Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pada lawatan itu, kedua-duanya turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kilang ini dengan Koperasi Permodalan FELDA (KPF).

Ahli Parlimen Pekan, YB Dato’ Sri Najib Tun Razak memperkatakan sesuatu kepada Ahli Dewan Negeri Chini, YB Encik Mohd Sharim Md Zain (kiri) pada Majlis Ramah Mesra Bersama Kepimpinan Dun Chini di Felda Chini 3.

Sementara itu, YB. Encik Mohd Sharim berkata, beliau akan memastikan permohonan kerja yang dibuat oleh penduduk dari Chini akan diterima masuk bekerja di kilang berkenaan.

“Jika ada pemohonan daripada penduduk Chini yang tidak layak kerana kelayakan kita akan hantar mereka ke pusat kemahiran untuk memastikan mereka mendapat kerja,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: