FARID KAMIL, BOY IMAN ANTARA LIMA INDIVIDU DITARIK BALIK GELARAN DATO’

KUANTAN, 10 FEBRUARI 2021: Pelakon Farid Kamil dan Boy Iman antara lima individu yang ditarik balik dan dibatalkan Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur.

Menerusi satu notis pemakluman oleh YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak selaku Pendaftar Darjah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang telah menitahkan Darjah Kebesaran yang dikurniakan kepada mereka sebelum ini ditarik balik dan dibatalkan serta merta berkuatkuasa 12 November 2020 dan 1 Februari 2021.

Mereka ialah Farid Kamil Zahari (Farid Kamil); Noruliman A Rahman (Boy Iman); Wong Shee Kai @ Ricky; Tran Thi Mai @ Maimunah dan Syed Mohammad Faiz Syed Azemman.

Kelima-lima mereka ini juga tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang.

Kelima-lima individu itu sebelum ini dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download