YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak menyampaikan watikah pelantikan kepada Encik Mohd Zahar Wahid.

ENCIK MOHD ZAHAR DILANTIK MEMANGKU PENGHULU GRED 40

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Penghulu Mukim Pedah, Encik Mohd Zahar Wahid telah dipilih untuk memangku jawatan Penghulu Gred NP40 di Pejabat Daerah dan Tanah Rompin (Mukim Tioman) berkuatkuasa Isnin lalu.

Majlis Penyerahan Watikan Pelantikan berkenaan disempurnakan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak kepada Encik Mohd Zahar di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, YH. Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 2,875 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: