Kejadian banjir di Maran.

EMPAT SUNGAI DI PAHANG LEPASI PARAS BAHAYA

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 3 JANUARI 2021: Empat buah sungai di Pahang mencatatkan peningkatan paras air pada tahap bahaya berikutan hujan berterusan sejak malam tadi.

Berdasarkan laporan publicinfobanjir.water.gov.my setakat jam 12 tengah hari, Sungai Lipis di Benta melepasi paras bahaya iaitu 75.12 meter (m) berbanding paras amaran 74m, manakala Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan merekodkan 30.82m berbanding 29.25m (amaran).

Dua lagi sungai yang mencatatkan melepas paras bahaya adalah Sungai Lipis di Batu Malim mencecah 115.22 meter (m) berbanding paras amaran 114.80m, manakala Sungai Lembing, Kuantan merekodkan 39.79m berbanding 36m (amaran).

Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan pula pada paras amaran iaitu 4.01 meter berbanding 4m (waspada).

Empat sungai lagi pada paras waspada iaitu Sungai Teris di Kuala Gandah, Sungai Bentong di Kuala Marong, Bentong, Sungai Pahang di Lubuk Paku dan Sungai Kuantan di Pasir Kemudi.

Sehubungan itu, penduduk yang tinggal di kawasan rendah terutama berhampiran sungai dinasihatkan sentiasa bersedia untuk berpindah jika berlaku banjir. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
ARTIKEL POPULAR

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download