Pesawat yang digunakan oleh empat individu yang ditahan melanggar PKPB di Pulau Tioman.

EMPAT DIKOMPAUN KELUAR DARI KAWASAN PKPB TANPA KEBENARAN

EMPAT DIKOMPAUN KELUAR DARI KAWASAN PKPB TANPA PERMIT

Oleh: Fairus Mohd

ROMPIN, 14 OKTOBER 2020: Empat individu dikompaun selepas keluar daripada kawasan yang diisytihar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa permit di Pulau Tioman di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azari Miskon berkata, tiga lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 33 hingga 43 tahun itu menaiki sebuah pesawat jenis PA-28 dari Lapangan Terbang Subang, Selangor telah mendarat pada pukul 3 petang di Lapangan Terbang Kampung Tekek.

“Bertindak atas laporan yang diterima daripada anggota yang bertugas di lapangan terbang berkenaan, Ketua Polis Balai bersama pasukan Pasukan Pemantauan SOP PKPP melakukan pemeriksaan ke atas semua individu itu.

“Mereka mengaku datang ke Pulau Tioman untuk menguruskan perniagaan menyelam milik mereka di salah sebuah resort di Kampung Juara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Deputi Superintendan Azari berkata, kesemua mereka bagaimanapun gagal mengemukakan sebarang surat atau permit kebenaran merentas sempadan negeri daripada PDRM.

“Mereka juga tidak memiliki surat kebenaran/pengakuan daripada syarikat majikan untuk merentas negeri, mahupun bekerja dalam syarikat keperluan asas.

“Kejadian ini telah dirujuk ke Bilik Gerakan COVID-19, MKN Negeri Pahang dan dimaklumkan bahawa mereka telah melakukan kesalahan dan dikenakan kompaun dibawah Seksyen 11 PPPDPPB 2020 kerana keluar daripada kawasan isytihar PKPB (Selangor) tanpa Permit Keluar/Masuk Sempadan Negeri PDRM terlebih dahulu,” katanya.

Dalam perkembangan terkini, beliau berkata, kesemua penumpang pesawat itu bersetuju untuk pulang kembali ke Lapangan Terbang Subang.

“Namun, mereka hanya dapat pulang pada esok pagi (15 Oktober) ekoran juruterbang pesawat berkenaan tidak mendapat kebenaran untuk menerbangkan pesawat pada waktu malam.

“Pihak KKM akan mengeluarkan surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah atau Home Surveillance Order (HSO) bertarikh hari ini hingga esok (14-15 Oktober) dengan kawalan pasukan Pemantauan SOP PKPP,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 108 total views

Please follow and like us:
error