Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pahang, Encik Ahmad Fitri Ali.

ELAK PEMBELIAN PANIK, BEKALAN MAKANAN DAN BARANGAN KEPERLUAN MASIH MENCUKUPI DI PAHANG

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 20 MAC 2020 : Penduduk di negeri ini dinasihatkan tidak melakukan pembelian panik susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana bekalan makanan dan barangan keperluan masih lagi mencukupi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pahang, Ahmad Fitri Ali berkata hasil pemeriksaan dan pemantauan yang dilakukan, pihaknya mendapati bekalan makanan adalah mencukupi di seluruh negeri ini.

“Sebanyak 47 pasaraya telah diperiksa dan kita mendapati bekalan keperluan makanan setakat ini adalah mencukupi. Cuma bekalan yang perlu ditambah semula oleh pasaraya terpaksa ditingkatkan kerana pembelian berskala besar kebelakangan ini.

“Bagi jualan secara borong juga kita dapati bekalan masih lagi mencukupi setakat ini dan kita juga telah meminta pemborong untuk meningkatkan lagi bekalan barangan,” katanya ketika ditemui UKOMP hari ini.

Beliau berkata pihak KPDNHEP Pahang juga mendapati hanya dua pasaraya sahaja yang dilaporkan berlakunya pembelian panik di negeri ini.

“Daripada keseluruhan 47 pasaraya yang diperiksa, kita mendapati terdapat dua pasaraya yang berlakunya pembelian panik ini iaitu satu di Muadzam Shah dan satu lagi di Raub.

“Kita telah menasihatkan pengurusan pasaraya yang berlaku pembelian panik ini untuk meningkatkan bekalan di pasaraya mereka,” katanya.

Beliau berkata pemeriksaan yang dilakukan juga mendapati tiada sebarang kenaikan terhadap harga barang dilaporkan.

“Di negeri ini masih tiada masalah kenaikan harga barang berbanding yang dilaporkan berlaku di negeri-negeri lain.

“Bagi sebarang pertanyaan mengenai arahan penguatkuasaan KPDNHEP di negeri ini, orang ramai boleh menghubungi Pusat Arahan Penguatkuasaan yang beroperasi dari 8 pagi sehingga 10 malam setiap hari iaitu di talian 09-5717757 (Kuantan), 09-2901601 (Temerloh), 09-3554000 (Raub), 09-2601374 (Jerantut) dan 09-4140512 (Rompin),” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error