Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan bercemar duli ke PPS Serambi di Pekan.

DUKA MANGSA BANJIR TERUBAT, TERIMA KUNJUNGAN KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

PEKAN, 14 JANUARI 2021: Kesedihan mangsa banjir di daerah ini sedikit terubat selepas menerima kunjungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang berkenan bercemar duli ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di Pekan hari ini.

Mereka begitu terharu dan gembira menerima kunjungan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta paduka anakanda.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mengurniakan sumbangan kepada mangsa banjir di Pekan.

Seorang warga emas, Zauwiyah Mat Yasin, 72, berkata, dia sangat terharu dan tidak menyangka apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sudi meluangkan masa menziarahi mangsa banjir di PPS.

Zauwiyah Mat Yasin, 72.

“Alhamdulillah, makcik gembira kerana Seri Paduka Baginda datang sendiri menjenguk kami yang ditimpa musibah ini. Baginda Tuanku sentiasa mengambil berat akan kebajikan rakyat yang sedang susah,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di PPS Dewan Paloh Hinai di sini hari ini.

Turut berangkat, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Fauziah Mat Yassin, 62.

Bagi seorang lagi mangsa, Fauziah Mat Yassin, 62, beliau gembira dan teruja kerana dapat bersua muka dengan Yang di-Pertuan Agong di samping menghulurkan sendiri bantuan makanan dan wang tunai.

“Saya bersyukur dan berterima kasih atas kesudian Baginda Tuanku mengunjungi kami sekeluarga di sini. Terima kasih Tuanku kerana sudi melawat kami di PPS,” katanya.

Sementara itu, Farah Dilaila Jamaludin, 34, berkata, kesempatan kali pertama dapat bersua dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong cukup menggembirakannya.

Farah Dilaila Jamaludin, 34.

Katanya, sebelum ini beliau hanya melihat Seri Paduka Baginda di televisyen dan peluang dapat berjumpa dengan baginda Tuanku cukup mengujakan.

“Saya lebih bersyukur kerana Baginda Tuanku turut menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di sini. Terima kasih kerana yang sudi menjenguk dan menghulurkan sumbangan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
ARTIKEL POPULAR

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download