Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

DUDUK DI RUMAH, JANGAN BALIK KAMPUNG – PEMANGKU RAJA PAHANG

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Mahathir Ali

KUANTAN, 21 MAC 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat di negeri ini supaya duduk di rumah dan mematuhi arahan kerajaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan.

Baginda bertitah, ketika penularan wabak COVID-19 ini, rakyat Pahang tidak perlu pulang ke kampung dan jangan panik kerana barangan keperluan dijamin mencukupi.

Gambar hiasan

“Saya nasihatkan sentiasa menjaga kebersihan, mencuci tangan dengan betul dan memakai topeng muka sekiranya tidak sihat.

“Selain itu, saya ingatkan supaya jangan menyebarkan berita yang tidak diketahui kesahihan sumbernya,” titah baginda dalam Titah Diraja kepada rakyat di Negeri Pahang menghadapi wabak COVID-19 hari ini.

Pemangku Raja Pahang juga mendoakan kepada Allah SWT supaya rakyat Negeri Pahang berada dalam keadaan yang sentiasa sihat dan sejahtera.

“Sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT supaya melimpahkan rahmat dan kesihatan yang baik kepada seluruh rakyat serta kita bebas daripada wabak COVID-19 ini dengan segera,” titah baginda. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: