22 individu dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

DUA WARGA BANGLADESH ANTARA 22 DIDAKWA LANGGAR PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Mahathir Ali

KUANTAN, 31 MAC 2020 : Dua warganegara Bangladesh antara 22 individu yang dituduh di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menghalang penularan wabak COVID-19.

Kedua-dua tertuduh didakwa bergerak daripada sebuah kilang di KM30 Jalan Kuantan – Maran ke satu tempat yang lain di Jalan Gambang pada 6.40 petang 21 Mac lalu yang mana telah melakukan satu kesalahan di bawah peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 7, peraturan yang sama.

Antara 22 individu yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

Kedua-dua mereka mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd Suah dan dikenakan denda sebanyak RM400 setiap seorang dan jika tidak akan dikenakan hukuman penjara sebulan.

Sementara itu, Majistret juga telah mengarahkan dua remaja bawah umur masing-masing berusia 17 tahun dan 19 tahun untuk menjalani laporan sosial atas tuduhan melanggar PKP dan menghalang tugas penjawat awam.

Kedua-dua remaja ini dibenarkan ikat jamin sebanyak RM1300 setiap seorang bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 5 Mei depan bagi sebutan semula kes terhadap kedua-dua mereka.

Kesemua 22 tertuduh yang berusia dalam lingkungan 17 tahun sehingga 47 tahun ini didakwa melakukan kesalahan ini di pelbagai lokasi termasuk Semambu, Indera Mahkota, Kampung Pak Mahat, Bukit Setongkol, Pelindung dan Jalan Teluk Mahang. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: