Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Besar di Kuantan hari ini.

DUA RAKAN MAUT KERETA LANGGAR KEDAI

KUANTAN, 9 MEI 2020: Dua rakan maut selepas kereta jenis Suzuki Swift yang dinaiki mereka melanggar sebuah kedai dan tiang di Jalan Besar di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, Mangsa yang maut adalah P. Kalai Vaanan, 35, dari Taman Desa Damai, Bidor, Perak dan M. Praveendran, 18, dari Taman Muhibbah, Jalan Bukit Setongkol di sini.

Menurutnya, kejadian jam 7.50 petang berlaku ketika kereta yang dipandu oleh Kalai Vaanan dalam perjalanan dari arah Jalan Teluk Sisek ke bandar Kuantan.

“Sampai di tempat kejadian, kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh sebuah kedai dan tiang.

“Akibat rempuhan itu menyebabkan kedua-dua maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang maut sudah dihantar ke Unit Forensik HTAA untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: