Menteri Besar Pahang, YAB Dato'Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail,menyampaikan Pingat Perkhidmatan Cemerlang SUK Pahang 2020 kepada Encik Nor Hamizi Bin Jamaludin (Pegawai Hal Ehwal Islam) dari Jabatan Agama Islam Pahang sambil disaksikan YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak (dua dari kiri) dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, YH Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim (kiri) pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat SUK Pahang Tahun 2020 di Dewan Jubli Sultan Ahmad Shah, Kuantan hari ini.

DUA PEGAWAI JAIP TERIMA ANUGERAH PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG 2019

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 04 SEPTEMBER 2020 : Dua pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menerima anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) 2019 oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang.

Kedua-dua penerima iaitu Encik Nor Hamizi Jamaludin dan Encik Nik Ibrahim Nik Abdullah adalah merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam di JAIP.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail,menyampaikan Pingat Perkhidmatan Cemerlang SUK Pahang 2020 kepada Tuan Nik Ibrahim Bin Nik Abdullah (Pegawai Hal Ehwal Islam) dari Jabatan Agama Islam Pahang sambil disaksikan YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak (kiri) pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat SUK Pahang Tahun 2020 di Dewan Jubli Sultan Ahmad Shah, Kuantan hari ini.

Anugerah ini disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail kepada kedua-dua penerima yang membawa pulang pingat, sijil penghargaan, dan wang tunai RM2,000 setiap seorang.

Dalam majlis yang sama, pihak Pejabat SUK Pahang turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 80 orang petugas terpilih.

Kesemua 80 penerima anugerah APC ini membawa pulang sijil penghargaan dan wang tunai RM1,000 setiap seorang yang turut disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hadir ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat SUK Pahang Tahun 2020 di Dewan Jubli Sultan Ahmad Shah,Kuantan hari ini.

Majlis turut meraikan 15 orang petugas Pejabat SUK Pahang yang telah dan bakal bersara pada tahun ini dengan memberikan sijil penghargaan dan cenderamata yang disampaikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan, dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd Johari Haji Hussain; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd. Rahim Muda; YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, YH Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: