Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Ketari, YB Puan Young Syefura Othman (DAP) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di Kuantan, hari ini.

DUA LOKASI BAHARU PEMBINAAN MENARA KOMUNIKASI DI KETARI

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 24 OGOS 2020: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah mengenalpasti dua lokasi baharu di FELDA Mempaga 3 dan Kampung Tambai bagi perancangan pembinaan menara komunikasi untuk meningkatkan liputan jalur lebar mudah alih di kawasan Dewan Negeri (DN) Ketari.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, terdapat juga dua menara komunikasi telah beroperasi di sekitar Gugusan FELDA Mempaga manakala empat menara telah beroperasi dalam lingkungan tiga kilometer dari Kampung Janda Baik.

“Di samping itu, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar talian tetap, inisiatif penaiktarafan perkhidmatan berasaskan tembaga kepada rangkaian gentian optik akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negeri (ADN) Ketari, YB Puan Young Syefura Othman (DAP) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

YB Puan Young Syefura ingin mengetahui masalah jaringan intenet yang lemah di kawasan seperti di Gugusan Mempaga dan Kampung Janda Baik.

Menurut YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin, pihak SKMM mengambil maklum mengenai isu kualiti liputan yang kurang memuskan di kawasan berkenaan dan mengambil tindakan selanjutnya bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

“Saya juga telah meminta SKMM untuk turun ke daerah-daerah yang lain di negeri ini untuk mendapatkan maklum balas tentang kawasan-kawasan yang belum mendapat liputan dari semasa ke semasa,” katanya- PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: