Keadaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux yang dinaiki dua kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan selepas dirempuh sebuah sebuah lori tangki di Kilometer 32, Jalan Pekan-Rompin dekat Tanjung Batu, Pekan.

DUA KAKITANGAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH PEKAN MAUT KEMALANGAN

Oleh : Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto : Ihsan polis

PEKAN, 7 DISEMBER 2020: Dua kakitangan termasuk seorang jururawat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan maut selepas pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux yang dinaiki mereka dirempuh sebuah sebuah lori tangki di Kilometer 32, Jalan Pekan-Rompin dekat Tanjung Batu hari ini.

Ketua Polis Daerah Pekan, YDH Tuan Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof berkata, kejadian jam 10.20 pagi itu menyebabkan pemandu 4WD, Mohd Zuhairi Abdullah, 35, dan jururawat, Julayha Kudus, 39, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Keadaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux yang dinaiki dua kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan selepas dirempuh sebuah sebuah lori tangki di Kilometer 32, Jalan Pekan-Rompin dekat Tanjung Batu, Pekan.

“Siasatan mendapati, kemalangan berlaku apabila pemandu lori tangki dalam perjalanan dari Rompin menghala ke Kuantan. Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai telah terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

“Ini menyebabkan lori berkenaan berlanggar dengan sebuah Perodua Myvi dan Toyota Hilux Kementerian Kesihatan Malaysia- Perkhidmatan Klinik Bergerak Pejabat Kesihatan Daerah Pekan yang dinaiki kedua-dua mangsa itu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, akibat kejadian itu mengakibatkan seorang lagi penumpang Toyota Hilux yang juga Pegawai Perubatan di PKD Rompin, Muhd Ikhwan Ramlee, 29, mengalami kecederaan di kepala dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

“Pemandu Perodua Myvi, Azlida Mohamad Ramli, 41, mengalami luka di bahagian muka, tangan dan mata, penumpang Nur Mawaddah Mazuha @ Nazuha, 5, mengalami luka di bahagian kepala dan abangnya pula, Ahmad Qardhawi Najmi Mazuha @ Nazuha, 12, tidak mengalami kecederaan.

“Pemandu lori tangki berusia 34 dari Mersing, Johor itu juga tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
ARTIKEL POPULAR

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download