RAUB, 16 OKTOBER 2020: Dua individu menerima sumbangan komputer riba dan mesin pencetak daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram dalam satu majlis di Pejabat UMNO Bahagian Raub di sini, semalam.
YB. Dato’ Abd Aziz berkata, penerima adalah Pengerusi PASTI Kawasan Raub, Ustaz Zharfan Abd. Taib dan adik Khairunnisa Nasuha Kamaruzzaman yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM).
“Saya harapkan dengan sedikit sumbangan ini akan memberi manfaat kepada mereka terutamanya kepada adik Khairunnisa Nasuha dalam menyambung pelajarannya nanti,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya semalam.
Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha UMNO Bahagian Raub, YM Dato’ Tengku Rahman Tengku Perang dan Timbalan YDP PAS Kawasan Raub, YM Tengku Shah Amir Tengku Perang. – PAHANGMEDIA