Kanak-kanak yang terlibat dalam Program Agro Art Kids 2020 di Kampus Utama UCYP, Tanjung Lumpur, Kuantan.

DIDIK MASYARAKAT CINTAI ALAM SEKITAR

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 21 OKTOBER 2020: Universiti Kolej Yayasan Pahang (UCYP) menganjurkan Program Agro Art Kids 2020 bagi mendidik masyarakat terutamanya kanak-kanak agar mencintai alam sekitar dan mewujudkan kelestarian serta keseimbangan ekosistem.

Program yang dilaksanakan di Kampus Utama UCYP, Tanjung Lumpur di sini baru-baru ini itu adalah dengan kerjasama Universiti Malaya (UM).

Menurut Pengarah Program, Cik Zahidah Ab Razak, matlamat program ini antara lain bertujuan untuk memperkenalkan kewujudan Fakulti Agroteknologi yang baru ditubuhkan pada Januari 2020 dan tapak Urban Garden UCYP bagi projek pertanian bandar kepada masyarakat luar.

Kanak-kanak menanam sayuran dalam Program Agro Art Kids 2020 di Kampus Utama UCYP, Tanjung Lumpur, Kuantan.

“Program ini dilihat memberi kesan positif kepada kanak-kanak terutamanya mereka yang tinggal di bandar supaya mereka juga terdedah dengan aktiviti di luar rumah dan mengisi masa lapang dengan menanam dan tidak hanya bermain gadget di rumah.

“Peserta juga dilihat sangat teruja dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan kerana ini adalah pengalaman pertama mereka bermain dengan tanah dan sisa pertanian,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, Program Agro Art Kids ini juga adalah selari dengan 5 hala tuju Sustainable Development Goalsiaitu Good Health and Well-Being, Quality Education, Sustainable Cities and Communities, Climate Action serta Life on Land.

Sementara itu, rakan kerjasama daripada UM, Dr Rosazlin Abdullah turut menekankan tentang kepentingan Food Security dan Food Safetykepada peserta dan ibu bapa semasa program tersebut supaya mereka lebih menitikberatkan pengambilan makanan yang lebih berkhasiat serta memastikan bekalan makanan harian sentiasa mencukupi. 

Program itudihadiri Naib Canselor UCYP, Professor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Haji Zainuddindan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Ts. Dr Hafizan Mat Som. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: