Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (kiri) ketika meninjau pembinaan pembinaan dewan terbuka baharu di Kampung Padang Buluh di Pekan

DEWAN TERBUKA DI KAMPUNG PADANG BULUH DIJANGKA SIAP PERTENGAHAN DISEMBER

Oleh: Mahathir Ali

PEKAN, 27 NOVEMBER 2020: Pembinaan dewan terbuka baharu di Kampung Padang Buluh dekat sini dijangka siap pada pertengahan Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, kerja-kerja pembinaan dewan terbuka yang terletak di Pusat khidmat Rakyat Dewan Negeri (DN) Bebar itu kini sedang dalam proses.

“Saya melihat pentingnya dewan ini dibina demi memberi keselesaan dan memudahkan urusan rakyat. Pelbagai aktiviti dan program melibatkan Kerajaan Negeri mahupun jabatan-jabatan berkaitan dapat dilaksanakan dengan lebih selesa di dewan yang mampu memuatkan sehingga 100 orang ini,” katanya di sini semalam.

Pembinaan pembinaan dewan terbuka baharu di Kampung Padang Buluh di Pekan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Bebar berkata, ketika meninjau perkembangan projek ini, beliau telah meminta pihak kontraktor untuk mematuhi segala spesifikasi pembinaan dan menyiapkannya dalam waktu yang ditetapkan.

“Dewan yang dibina menggunakan peruntukan Dewan Negeri Bebar ini membuktikan Kerajaan Pahang ditunjangi Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha memberi keselesaan dan kemudahan kepada rakyat,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download