Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika berhujah dengan Ahli Dewan Negeri Pembangkang ketika cadangan mewujudkan Ahli Dewan Negeri secara lantikan dikemukakan beliau pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

DEWAN NEGERI PAHANG LULUS CADANGAN WUJUDKAN LIMA AHLI DEWAN NEGERI SECARA LANTIKAN

Oleh: Fairus Mohd & Fansurina Abdullah
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim & Mahathir Ali

KUANTAN, 20 NOVEMBER 2020: Dewan Negeri Pahang meluluskan cadangan untuk mewujudkan Ahli-ahli Dewan Negeri (Dilantik) tanpa melalui proses pilihanraya, bagi menduduki dan menyertai Dewan Negeri sebagai Ahli Yang Berhormat.

Cadangan berkenaan dibawa oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menerusi Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2020.

Berdasarkan cadangan itu, jumlah yang dicadangkan tidak lebih lima orang, menjadikan keseluruhan Ahli Dewan Negeri tidak lebih 47 orang, termasuk 42 Ahli Dewan Negeri sedia ada, yang dipilih menerusi proses pilihanraya.

“Pindaan yang dicadang bagi pelantikan ini bukanlah sesuatu luar biasa atau ‘abnormal’. Sebelum ini kerajaan Sabah dan Terengganu telah melaksanakannya dan ia dapat menjadi daya saling melengkapi dan bukan pertindihan, kepada perkhidmatan Ahli Dewan Negeri sedia ada.

“Pelantikan Ahli Dewan Negeri (Dilantik) dipercayai akan dapat meluaskan perkhidmatan Kerajaan Negeri kepada rakyat-jelata, terutamanya dalam situasi politik dan sosio-ekonomi yang mencabar akibat penularan wabak pandemik COVID-19 yang belum pasti kesudahannya,” katanya.

Dalam pada itu, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata Ahli Dewan Negeri (Dilantik) tentunya akan dibuat dalam kalangan mereka yang berkaliber dan berkemahiran tertentu.

“Mereka akan dapat berganding bahu bersama Ahli Dewan Negeri sedia ada untuk menyumbangkan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan rakyat-jelata.

“Pelantikan tambahan melibatkan Ahli Dewan Negeri (Dilantik) ini juga mampu mengurangkan kadar atau ‘ratio’ secara keseluruhan seorang Ahli Dewan Negeri kepada jumlah penduduk yang diwakilinya,” katanya.

Cadang berkenaan mendapat tentangan daripada Ahli Dewan Negeri pembangkang yang kemudiannya bertindak keluar dewan selepas ia mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri yang lain termasuklah Ahli Dewan Negeri daripada PAS.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 900 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: