Puteri Darleena Safiyya di pangkuan bapanya Rosfaizuazman Ahmad Simin dan ibunya Nurul Ain Jaafar kelihatan semakin sihat selepas menjalani pembedahan akibat menghidap penyakit Black Diamond Anemia di mana kos pembedahan tersebut disalurkan oleh Kerajaan Pahang berjumlah RM43,000.

DERITA DARLEENA BERAKHIR, KERAJAAN PAHANG SUMBANG RM43,830 BIAYA KOS PEMBEDAHAN

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUALA LIPIS, 8 NOVEMBER 2020 : Satu dalam seribu. Itu yang disifatkan oleh doktor terhadap penyakit Black Diamond Anemia yang dihidapi Puteri Darleena Safiyya Rosfaizuazman, 2, selepas beberapa bulan dilahirkan.

Menurut bapanya, Rosfaizuazman Ahmad Simin, 41, sebelum menjalani pembedahan, setiap bulan anak bongsunya itu akan dimasukkan darah kerana tubuhnya tidak dapat menghasilkan sel darah merah dengan sendirinya.

Puteri Darleena Safiyya Rosfaizuazman (kanan) bersama abangnya Umar Muizz kelihatan ceria selepas menjalani pembedahan akibat menghidap penyakit Black Diamond Anemia di mana kos pembedahan tersebut disalurkan oleh Kerajaan Pahang berjumlah RM43,000.

Selepas dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), anaknya melalui beberapa proses rawatan termasuk kemoterapi selepas penderma sumsum dikenalpasti iaitu abangnya, Umar Muizz Rosfaizuazman, 4.

“Pembedahan telah selamat dijalankan pada 16 Jun 2020 di PPUM dan hampir dua bulan juga isteri saya Nurul Ain Jaafar, 32, berada di hospital untuk menjaga dan merawat Darleena di sana.

“Paling menyayat hati apabila kami terpaksa meraikan Hari Raya Aidiladha berjauhan kerana Darleena masih dalam proses rawatan,” katanya kepada Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Puteri Darleena Safiyya Rosfaizuazman bersama ibunya Nurul Ain Jaafar kelihatan semakin sihat selepas menjalani pembedahan akibat menghidap penyakit Black Diamond Anemia di mana kos pembedahan tersebut disalurkan oleh Kerajaan Pahang berjumlah RM43,000.

Sementara itu, kisah En. Rosfaizuazman dan keluarganya mendapat perhatian Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, apabila beliau telah meluluskan RM43,830 bagi membantu membiayai kos rawatan pembedahan Darleena.

“Jadi Kerajaan Pahang menyumbang sebanyak RM43,830 dan alhamdulilah pembedahan berjalan lancar dan anaknya juga ada bersama tadi, nampak sihat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah PR1MA Pahang Kuala Lanar di Dewan Residen, di sini, semalam.

YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy juga berkata, Kerajaan Pahang sememangnya menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

Puteri Darleena Safiyya bersama bapanya Rosfaizuazman Ahmad Simin; ibunya Nurul Ain Jaafar dan abangnya Umar Muizz kelihatan semakin sihat selepas menjalani pembedahan akibat menghidap penyakit Black Diamond Anemia di mana kos pembedahan tersebut disalurkan oleh Kerajaan Pahang berjumlah RM43,000.

“Selain daripada bantuan tersebut, Kerajaan Pahang turut memberikan pelbagai bantuan seperti penyakit kronik, untuk pelajar sekolah, orang kurang upaya (OKU), sakit terlantar, miskin dan sebagainya,” katanya.

Kesemua bantuan ini dapat dikongsi bersama rakyat kerana kedudukan kewangan Kerajaan Pahang yang kukuh. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download