Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin

DEEPAVALI: SEMBAHYANG DI KUIL BERMULA 7 PAGI HINGGA 12 TENGAH HARI

MARAN, 12 NOVEMBER 2020: Penganut agama Hindu di negeri ini dibenarkan menyertai upacara sembahyang di kuil sempena Deepavali pada hari pertama perayaan bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, untuk jumlah kapasiti pula, kita bahagikan kuil mengikut kategori berdasarkan keluasan lantai.

“Jumlah seluruhan kuil adalah sebanyak 105 buah dan dibahagikan kepada tiga kategori. Bagi kategori A iaitu membabitkan sebanyak 30 kuil, kita benarkan 50 penganut hadir pada satu-satu masa.

“Kuil kategori B pula iaitu sebanyak 52 buah (40 orang) dan kategori C sebanyak 23 buah (30 orang,” katanya dalam satu sidang media di Pusat Khidmat ADN Kuala Sentul di FELDA Jengka 3, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integriti Nasional Negeri Pahang, Encik Mansor Mohd Hashim.

YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza berkata, sebelum memasuki kuil, penganut mestilah mengikut arahan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Ini termasuklah penjarakan sosial 1 meter, pemeriksaan suhu, pemakaian topeng muka, penyediaan ‘hand sinitizer’ dan kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera,” katanya.

Katanya lagi, penganut yang menghidap penyakit kronik, warga emas dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak digalakkan hadir ke kuil pada hari tersebut.

“Semua penganut perlu keluar dari kawasan kuil selepas selesai urusan dan tidak dibenarkan berkumpul, bersembang dan berhimpun sebelum atau selepas urusan selesai.

“Tiada upacara sembahyang yang berskala besar diadakan. Penyediaan makanan pula mestilah disediakan secara bungkus.

“Pihak pengurusan kuil juga perlu menubuhkan pasukan pemantau daripada kalangan pengurusan kuil atau menggunakan khidmat RELA untuk memantau pematuhan SOP ini.

“Pihak pengurusan kuil bertanggungjawab sepenuhnya untuk pematuhan SOP Perayaan Deepavali Hari Pertama Rumah Ibadat Bukan Islam (Kuil) ini,” jelasnya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 322 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download