YB. Dato' Hj Abdul Rahman Mohamad

DATO’ HJ ABDUL RAHMAN ANGGAP JAWATAN TIMBALAN MENTERI SATU CABARAN

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 11 MAC 2020: Ahli Parlimen Lipis, YB. Dato’ Hj Abdul Rahman Mohamad yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I menyifatkan pelantikannya bukanlah satu keseronokan, tetapi satu cabaran untuk mengembalikan Malaysia di landasan yang benar dan utuh.

YB. Dato’ Haji Abdul Rahman berkata, memang sukar untuk menghadapi keadaan politik dan ekonomi negara yang tenat malah rakyat pastinya mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada kerajaan yang baru dibentuk ini.

“Dalam politik pula kita akan berdepan dengan ‘harimau-harimau’ yang lukanya sangat parah. Tetapi tidak mengapa, saya dan rakan-rakan akan belajar untuk menghadapi suasana ini sepertimana kami belajar menjadi pembangkang yang berwibawa dan efektif.

“Saya tekadkan dalam hati saya untuk menjadi kerajaan yang berwibawa di bawah pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya hari ini.

Katanya lagi, sebagai seorang insan kerdil, beliau juga sangat mengharapkan bantuan daripada penjawat awam agar dapat melaksanakan tugas-tugas dengan baik selaku Timbalan Menteri I di Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

“Sekali lagi saya dengan rendah hati mengucapkan terima kasih atas ucapan, sokongan dan doa daripada sababat semua. Saya mendoakan agar anda semua sentiasa berada dalam naungan rahmat Allah SWT,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download