Mantan Ketua Pengarah Eksekutif Ma'ahad Tahfiz Negeri Pahang, YH Dato' Zulkifle Ali (tengah) menerima watikah pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang baharu daripada YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr Salehuddin Ishak.

DATO’ DR ZULKIFLE DILANTIK PENGARAH JAIP YANG BAHARU

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

PEKAN, 2 NOVEMBER 2020: Mantan Ketua Pengarah Eksekutif Ma’ahad Tahfiz Negeri Pahang, YH Dato’ Zulkifle Ali dilantik sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang baharu, hari ini.

Pemegang Sarjana Usuluddin Universiti Malaya berusia 56 tahun ini mula bertugas di JAIP sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam pada tahun 1996 sebelum dilantik ke beberapa jawatan lain.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Salehuddin Ishak.

Beliau diperkenalkan pada majlis perjumpaan YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Salehuddin Ishak dengan pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Dewan Ibnu Sina, Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, di sini.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, YH Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim dan Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, YH. Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman Hj Osman.

Turut serta, Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, Yang Amat Arif Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Md Yunus; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH Dato’ Mahmud Mohd Nawawi serta Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), YH Dato’ Ahmad Hairie Husin.

Sementara itu, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato ‘ Sri Dr Salehuddin Ishak berkata, harapan tinggi kini diletakkan kepada pengurusan baharu JAIP.

Menurutnya, fokus yang diberikan agar institusi tersebut mempunyai struktur yang lebih baik dan teratur selain gerak kerja yang kemas.

“Saya berharap JAIP ada sasaran-sasaran kerja yang jelas dan boleh diukur dan sudah pastinya saya meminta agar jalinan antara badan pentadbiran agama dan pentadbiran negeri diperkukuhkan.

“Saya berharap agar kerjasama kedua-duanya selari terutamanya isu-isu berkaitan dapat diselaraskan supaya ia disalurkan secara terurus kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

Majlis perjumpaan YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Salehuddin Ishak dengan pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Dewan Ibnu Sina, Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah di Pekan.

Dalam pada itu katanya, usaha proaktif semua pihak perlu diteruskan selain berharap agar semua keputusan diambil JAIP berada dalam pengetahuan Kerajaan Negeri.

“Ini kerana kita mahu memberi bantuan kerana ada keputusan yang melibatkan kekangan dari segi kewangan ataupun dasar-dasar Kerajaan Negeri sendiri.

“Kerjasama erat dan selari dapat memantapkan segala usaha yang dilakukan dan melicinkan urusan pentadbiran kedua-dua pihak,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: