Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika melawat penduduk pada Program Komuniti Sejahtera (Ziarah Kasih) KEMAS Parlimen Pekan 2020 di Bandar Dua Paloh Hinai, Pekan.

DAMPING MASYARAKAT ELAK TERCICIR PERHATIAN

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim

PEKAN, 10 NOVEMBER 2020: Semua pihak terutamanya Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) disaran agar terus berusaha meningkatkan tahap kerja dan mendampingi masyarakat dalam memberi bantuan serta bimbingan.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, golongan yang dilantik ini secara rasminya menjadi nadi penghubung antara rakyat dengan pemimpin setempat.

Menurutnya, kecuaian serta sikap tidak peka hanya akan menghilangkan rasa percaya masyarakat seterusnya kesusahan hidup yang dialami penduduk akan berterusan tanpa sebarang penyelesaian.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menyampaikan sumbangan kepada penduduk.

“Saya berharap agar semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam memastikan semua penduduk di dalam kawasan mereka terjaga dengan baik dan sempurna.

“Usaha ini dapat memperjelaskan kefahaman masyarakat mengenai usaha yang dilakukan oleh kerajaan terutamanya di peringkat negeri dalam memastikan rakyat hidup dalam keadaan yang makmur dan sempurna,” katanya pada Program Komuniti Sejahtera (Ziarah Kasih) KEMAS Parlimen Pekan 2020 di Bandar Dua Paloh Hinai, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Kemas Pahang, Encik Zamri Muhamad; Pegawai Kemas Daerah Pekan, Encik Hamidi Md Piah serta Ketua Kampung Bandar Dua Paloh Hinai, Encik Azhar Abd Aziz.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Bebar meminta agar setiap pemimpin setempat terus berusaha mengenalpasti dan membuat profil kampung berkaitan semua perkara seperti golongan E-Kasih, miskin tegar, ibu tunggal, Orang kelainan upaya (Oku), anak yatim serta warga emas yang ada di kawasan mereka.

“Saya juga berharap agar setiap pengerusi mengenalpasti segala kemudahan infrastrukur yang terdapat di dalam kampung dan juga kekurangan yang diperlukan demi kepentingan penduduk setempat.

“Semua usaha yang dijalankan dapat membantu mereka mentadbir kawasan secara tersusun seterusnya meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap pemimpin di peringkat akar umbi ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: