Ketua Polis Pahang, YDH CP Datuk Ramli Mohamed bersama Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar memeriksa kenderaan di sekatan jalan raya Plaza Tol Bentong, hari ini.

CUBAAN KE PANTAI TIMUR GUNA SURAT MITI, 39 KENDERAAN DIARAH BERPATAH BALIK

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 20 JULAI 2021 : Masih terdapat cubaan ke Pantai Timur menggunakan surat kebenaran yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini melibatkan 39 buah kenderaan yang telah diarah berpatah balik.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata sehingga 1 petang tadi, sebanyak 880 individu dan 780 buah kenderaan telah diperiksa pihaknya di sekatan jalan raya Plaza Tol Bentong menghala Kuantan.

Ketua Polis Pahang, YDH CP Datuk Ramli Mohamed bersama Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar memeriksa kenderaan di sekatan jalan raya Plaza Tol Bentong, hari ini.

“Sehingga jam 1 petang tadi, seramai 880 individu dan 780 buah kenderaan telah diperiksa. Manakala sebanyak 39 buah kenderaan telah diarah berpatah balik kerana tujuan pergerakan yang tidak munasabah dengan menggunakan surat MITI.

“Masih terdapat yang menggunakan surat MITI untuk menuju ke Pantai Timur dengan memberi pelbagai alasan apabila disoalsiasat antaranya ingin melawat pekerja yang cedera, melawat lokasi projek, membuat agihan daging korban dan sebagainya,” katanya.

Ketua Polis Pahang, YDH CP Datuk Ramli Mohamed bersama Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar memeriksa kenderaan di sekatan jalan raya Plaza Tol Bentong, hari ini.

Beliau berkata Ketua Polis Pahang, YDH CP Datuk Ramli Mohamed Yoosuf juga turut membuat pemeriksaan ke atas individu dan kenderaan dalam lawatan beliau ke Bentong hari ini.

“Dato’ Ketua Polis Pahang turut bersama-sama petugas membuat pemeriksaan keatas individu dan kenderaan yang melalui SJR Tol Bentong menghala ke Kuantan. Beliau meluangkan masa hampir satu jam di lokasi SJR,” katanya.

Beliau juga turut menggesa orang ramai supaya memberikan kerjasama sepenuhnya dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan khususnya bagi tujuan membuat pergerakan rentas negeri dan daerah. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download