COVID-19: WARGA EMAS CATAT KEMATIAN KETIGA DI PAHANG

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 23 April 2020 – Seorang warga emas lelaki berusia 67 tahun mencatatkan kematian ketiga akibat jangkitan COVID-19 di Negeri Pahang.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Haji Awang Ngah berkata, mangsa daripada kes ke-172 itu merupakan Kluster Bali dan menghidap komplikasi pelbagai penyakit lain.

“Mangsa yang meninggal dunia turut menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan beberapa penyakit lain,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), di sini, hari ini.

Tambahnya, mangsa terus dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada 8 April dan meninggal dunia pada kira-kira jam 11.40 malam tadi.

Beliau berharap orang ramai khususnya penduduk Kuantan dapat patuh kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya kekal di rumah masing-masing selain mengamalkan penjagaan kesihatan dengan kerap mencuci tangan, memakai topeng hidung dan mulut serta menggunakan hand sanitiser.

Kerjasama daripada komuniti setempat adalah penting bagi memastikan penurunan kes dengan memutuskan rangkaian Covid-19 ini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: