COVID-19: UCYP TANGGUH ISTIADAT KONVOKESYEN

KUANTAN, 13 MAC 2020: Berikutan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini, University College of Yayasan Pahang (UCYP) telah mengambil keputusan untuk menangguhkan Istiadat Konvokesyen dan Sambutan 28 Tahun UCYP yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini 15 Mac 2020.

Menerusi kenyataan UCYP, Jabatan Kesihatan Negeri (JPN) Pahang telah menasihati UCYP agar program berkenaan ditangguhkan selepas perbincangan diadakan antara Naib Canselor UCYP, Professor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Haji Zainuddin bersama Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YH Dato’ Dr Haji Bahari Dato’ Tok Muda Haji Awang Ngah.

“Penangguhan ini dibuat atas faktor peningkatan kes COVID-19 dan mengelakkan risiko jangkitan terhadap para pelajar, ibu bapa serta jemputan yang akan hadir ke program tersebut.

“Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku dan program ini ditangguhkan kepada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya di sini, semalam.

Sebarang pertanyaan yang berkaitan program tersebut boleh berhubung dengan pihak Jabatan Penjenamaan dan Komunikasi Korporat UCYP di talian 09-5343999 sambungan 209 dan 218 atau email corporate@ucyp.edu.my. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: