COVID-19: UCYP LAKSANA PENGAJIAN ATAS TALIAN

KUANTAN, 17 MAC 2020: Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) memutuskan untuk melaksanakan pengajian atas talian untuk lebih 2,000 pelajar di semua kampus institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan bermula esok hingga 31 Mac ini.

UCYP dalam satu kenyataan berkata, pihaknya juga mengambil inisiatif untuk menangguhkan peperiksaan akhir semester dan akan menjadualkan semula peperiksaan akhir tersebut pada tarikh 1 Jun hingga 12 Jun depan.

“Menutup operasi UCYP berdasarkan kepada perkara kelima perintah kawalan pergerakan iaitu penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

“Menutup semua premis UCYP berdasarkan kepada perkara keenam perintah kawalan pergerakan iaitu penutupan semua premis
kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, meskipun begitu semua kakitangan diminta untuk meneruskan tugasan serta menjalankan kerja masing-masing dari rumah dan ketua jabatan bertanggungjawab untuk melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, pihak Pengurusan UCYP berharap melalui tindakan-tindakan tersebut jangkitan COVID-19 akan dapat dicegah dengan sebaiknya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: