YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin Ishak.

COVID-19: TIGA DAERAH DIARAH HENTI PENJUALAN MAKANAN SECARA BAWA PULANG

KUANTAN, 29 MAC 2020: Kerajaan Negeri Pahang mengarahkan penjualan makanan secara bawa pulang (takeaway) di premis makanan bermasak di tiga daerah dihentikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana peningkatan kes positif COVID-19.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak berkata, daerah yang terlibat adalah Jerantut, Pekan dan Raub berkuatkuasa mulai 31 Mac 2020 sehingga tempoh (PKP) ditarik balik.

Menurutnya, Majlis Daerah Pekan, Majlis Daerah Jerantut dan Majlis Daerah Raub dikehendaki memperketatkan operasi premis-premis yang menjual makanan termasuk restoran makanan segera.

“Kesemua penjualan makanan secara bawa pulang (takeaway) di premis yang dinyatakan di atas hendaklah dihentikan. Hanya perkhidmatan secara penghantaran sahaja dibenarkan,” katanya menerusi satu kenyataan media, di sini hari ini.

Beliau berkata, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas bagi memastikan arahan ini dipatuhi. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: