Anggota tentera memasang kawat berduri di di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) di Kuantan semalam.

COVID-19: STADIUM SUKPA PUNYAI KEMUDAHAN ASAS YANG MENCUKUPI

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 11 DISEMBER 2020: Penggunaan Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) sebagai pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC) adalah kerana stadium itu mempunyai kemudahan asas yang mencukupi untuk merawat kes-kes COVID-19 asymptomatic atau dengan gejala ringan dalam jumlah yang besar.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Haji Awang Ngah berkata, memandangkan kebanyakan kes adalah  asymptomatic atau hanya mempunyai gejala ringan terdapat keperluan untuk menyediakan PKRC berisiko rendah yang bersesuaian bagi kes-kes ini.

“Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dengan kerjasama Jawatan kuasa Task Force COVID-19 Negeri Pahang telah bersetuju menjadikan Stadium Tertutup SUKPA Indera Mahkota sebagai PKRC untuk bukan warganegara di Pahang.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Haji Awang Ngah.

“Ini kerana Stadium SUKPA terletak berdekatan dengan jalanraya utama yang memudahkan pengangkutan kes-kes positif ini dari daerah-daerah lain.

“Selain itu, stadium ini mempunyai kemudahan asas yang mencukupi untuk merawat kes-kes COVID-19 asymptomatic atau dengan gejala ringan dalam jumlah yang besar dalam anggaran seramai 50 hingga 200 orang,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, stadium ini juga terletak berdekatan dengan hospital berpakar iaitu Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Sultan Ahmad Shah Medical Centre University Islam Antarabangsa Malaysia (SASMEC) Kuantan yang mempunyai kepakaran dan peralatan yang mencukupi untuk rawatan kes-kes kritikal.

“Lokasi SUKPA di atas tempat berbukit memudahkan kawalan keselamatan oleh anggota keselamatan yang bertugas ke atas kes-kes tersebut

“Dengan pembukaan PKRC SUKPA ini, rawatan kepakaran kepada rakyat Pahang tidak terjejas di mana pakar-pakar di HTAA dan SASMEC seperti pakar jantung, pakar bedah dan lain-lain terus memberi rawatan kepakaran kepada kes-kes warga tempatan. Begitu juga perkhidmatan-perkhidmatan lain di hospital dapat terus dilaksanakan sepertimana biasa.

“PKRC SUKPA akan bertindak membantu rawatan COVID-19 negara. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pahang sangat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang atas kerjasama dan bantuan ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download