YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin Ishak.

COVID-19: SEMUA PREMIS TERMASUK STESEN MINYAK DITUTUP JAM 7 PETANG

KUANTAN, 23 MAC 2020: Berdasarkan perkembangan semasa dan langkah untuk mengekang wabak COVID-19, Kerajaan Negeri Pahang telah mengarahkan semua premis perniagaan yang dibenarkan beroperasi sebelum ini ditutup bermula jam 7 petang hingga 7 pagi melibatkan seluruh daerah di negeri ini.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak berkata, penutupan premis itu adalah berdasarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan ia akan dilaksanakan mulai esok 24 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 atau sehingga tempoh perintah itu ditarik balik.

“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini semua premis yang dibenarkan beroperasi termasuk kedai serbaneka 24 jam, stesen minyak, kiosk di stesen minyak ditutup bermula jam 7 petang hingga 7 pagi termasuk khidmat pandu lalu (drive-through),” katanya menerusi satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas bagi memastikan arahan ini dipatuhi. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: