YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin Ishak.

COVID-19: SEMUA KEBENARAN BERKAHWIN DI PAHANG DITANGGUHKAN

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 19 MAC 2020: Semua Kebenaran Berkahwin di negeri ini ditangguhkan sepanjang tempoh berkuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.

YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak berkata,  majlis akad nikah yang bakal dilangsungkan pada tarikh Perintah Kawalan Pergerakan, juga dicadangkan ditangguhkan.

“Sekiranya berhasrat meneruskanmaka ia perlu mendapat kebenaran Ketua Polis Daerah selepas memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan TeJangkitan) 2020 dan mematuhi tatacara Majlis Akad Nikah,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, tatacara Majlis Akad Nikah ini antaranya adalah perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Polis Daerah (Permit Pengecualian Kawalan Pergerakan).

“Majlis juga perlu dijalankan di premis persendirian dan tidak dibenarkanmelangsungkan majlis akad nikah di tempat awam seperti masjid, surau dan seumpamanya.

“Selain itu perlu meminimakan kehadiran orang ke majlis iaitu tidak melebihi 10 orang dan hanya yang berkeperluan untuk hadir seperti, seorang jurunikah, pengantin lelaki, pengantin perempuan, seorang Wali dan dua orang saksi.

“Masa perjalanan Majlis Akad Nikah hendaklah
dipendekkan dan tidak melebihi 20 minit. Selain itu mesti menggunakan hand sanitizer (penyahkuman) sebelum dan selepas majlis akad nikah.

“Semua yang hadir pada Majlis Akad Nikah berkenaan hendaklah didaftarkan nama, alamat semasa sertanombor telefon dan diserahkan kepada Wali Hakim atau jurunikah,” jelasnya.

Beliau berkata, jika penganjur tidak mematuhi tatacara ini, wali hakim atau jurunikah dengan kuasa Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Negeri Pahang boleh menangguhkan
majlis tersebut.

“Bagi majlis resepsi atau kenduri kahwin untuk Majlis Akad Nikah tersebut, hendaklah ditangguhkan. Selain itu, segala urusan berkaitan Permohonan Pengesahan dan Pendaftaran nikah, cerai dan rujuk semasa berkuatkuasanya
Perintah Kawalan Pergerakan ini hendaklah ditangguhkan kecuali urusan secara atas talian di pautan www.emunakahat.pahang.gov.my.

“Semua pelaksanaan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Negeri Pahang juga ditangguhkah bermula dari tarikh berkuatkuasanya Perintah Kawalan pergerakan ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error