YB. Dato' Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin

COVID-19: SEMUA ACARA PELANCONGAN DI PAHANG DITANGGUHKAN

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 17 MAC 2020: Kerajaan Negeri memutuskan untuk menangguhkan semua acara pelancongan yang dianjurkan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin turut berharap agar acara-acara pelancongan lain yang dianjurkan oleh pihak swasta juga ditangguhkan sehingga keadaan pulih.

“Jawatankuasa Pelancongan juga tidak akan memenuhi acara-acara dan jemputan-jemputan rasmi di dalam dan di luar negara buat masa ini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, tindakan ini diambil berikutan isu COVID-19 yang semakin serius dan perlu memikirkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Kerajaan negeri juga akan mengambil langkah yang serius untuk menangani keadaan ini.

Beliau berharap, Malaysia tidak akan menghadapi sebarang masalah yang telah dihadapi oleh beberapa negara lain yang turut dilanda penularan COVID-19 ini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: