Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan.

COVID-19: POLIS PANTAU LORONG TIKUS

Oleh: Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 11 NOVEMBER 2020: Pihak polis akan meletakkan kereta peronda untuk membuat ‘snap check’ di kawasan tertentu bagi memantau individu yang cuba melalui lorong-lorong tikus yang ada di sepanjang sempadan Negeri Pahang.

Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya juga akan menyemak kesahihan surat kebenaran rentas negeri yang diberikan oleh mereka yang ingin memasuki negeri ini.

“Kita akan pastikan apa sahaja permohonan daripada surat rentas negeri ini kita akan semak semula dengan balai yang mengeluarkan surat kelulusan tersebut. Contohnya dia dari Ampang menyatakan ada kerja di Pahang, kita akan tanya majikan dia betul ke si polan ni diarahkan ke Pahang.

“Jika tidak kita akan ambil tindakan mereka cuba menipu pihak polis dan ada beberapa seksyen di bawah Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan,” katanya dalam satu temubual eksklusif di Radio RTM, PAHANGfm semalam.

Beliau berkata, terdapat empat kawasan berisiko tinggi penularan wabak COVID-19 yang telah dikenalpasti di negeri ini iaitu di Kuantan, Bentong, Bera dan Rompin, namun setakat ini kawasan-kawasan tersebut masih dikawal.

“Empat daerah ini kerana Rompin adalah kemasukan mereka dari negeri Johor iaitu negeri (zon) merah. Bera daripada Negeri Sembilan, Bentong daripada Lembah Klang dan begitu juga Kuantan dari Pantai Timur.

“Disinilah empat daerah menjadi tumpuan bagi pasukan keselamatan khasnya bagi menentukan kemasukan-kemasukan mereka daripada empat negeri ini perlu diperketatkan bagi memastikan tiada wabak yang dibawa daripada negeri-negeri berkenaan,” katanya.

Beliau berkata setakat kelmarin, sebanyak 2,183 permohonan rentas negeri telah diterima di seluruh negeri ini dengan 2,071 diluluskan manakala bakinya 112 telah ditolak.

“Jumlah yang ditolak ini dilihat 112 adalah tinggi. Kita terpaksa tapis kerana kita tak nak mereka cuba untuk menggunakan kemudahan rentas negeri ini untuk bergerak bebas dari satu kawasan ke satu kawasan lebih-lebih lagi untuk menuju ke negeri yang diistiharkan PKPB,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: