Foto: Kosmo Digital

COVID-19: PETUGAS, AHLI KELUARGA PENJARA BENTONG DIKUARANTIN

KUANTAN, 30 DISEMBER 2020: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang dalam satu kenyataan media hari ini memutuskan berkuatkuasa serta-merta semua petugas dan ahli keluarga Penjara Bentong dikuarantin sehingga selesai disaring dan disahkan negatif COVID-19.

Menurut kenyataan itu, langkah itu diambil berikutan sebanyak 282 kes daripada 288 kes COVID-19 yang dicatatkan di negeri ini semalam merupakan jangkitan di kalangan kontak rapat seorang tahanan baharu yang dipindahkan ke Penjara Bentong dan diisytiharkan sebagai Kluster Tembok Mempaga.

Kenyataan itu menyebut, kebanyakan penjara di Semenanjung Malaysia tidak dapat menerima kemasukan kerana dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
(PKPD).

“Oleh itu, tahanan-tahanan Mahkamah Lembah Klang termasuk Petaling Jaya iaitu kawasan zon merah ini terpaksa dihantar ke Pusat Transit Tahanan (PTP) atau Penjara Bentong.

“Buat masa sekarang, risiko jangkitan daripada kluster ini adalah rendah dan perebakan hanya berlaku di kalangan penghuni penjara sahaja,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan itu turut menyebut, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bentong akan memastikan kebajikan dan keperluan harian petugas dan ahli keluarga Penjara Bentong yang dikuarantin ini sentiasa terjaga.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 9,837 total views,  6 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download