YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin Ishak.

COVID-19: PERUNTUKAN RM2 JUTA UNTUK BANTUAN TUNAI

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 20 MAC 2020: Peruntukan khas sebanyak RM2 juta yang diumumkan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail semalam adalah bagi memberi bantuan tunai kepada golongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak COVID-19.

YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak berkata, golongan yang terjejas ini adalah peniaga kecil, penjaja dan pemandu teksi.

“Semalam Menteri Besar Pahang ada membuat pengumuman bantuan permulaan sebanyak RM2 juta untuk memberi bantuan tunai kepada golongan yang terjejas akibat penularan wabak ini.

“Setakat ini, Kerajaan Negeri masih meneliti senarai penerima bantuan. Kita juga sedang dapatkan senarai penjaja daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan senarai pemandu teksi daripada persatuan pemandu teksi di seluruh negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Temubual Eksklusif Bersama PahangFM di sini hari ini.

Dato’ Sri Dr. Sallehuddin berkata, pihaknya sedang sedaya upaya untuk menyalurkan bantuan berkenaan golongan yang terkesan ini pada minggu hadapan.

“Selain itu, kita juga ada mewujudkan tabung khas bagi membuka peluang kepada orang ramai untuk menyalurkan derma bagi disalurkan kepada mereka yang terjejas.

“Kita sedang berusaha supaya penderma dapat pengecualian cukai. Kita harap dermawan dapat tampil ke dapan bagi meringankan beban mereka yang terjejas,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

COVID-19: PERUNTUKAN RM2 JUTA UNTUK BANTUAN TUNAI

LIPIS: Aplikasi PahangGo yang dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail baru-baru memudahkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Koyan di sini untuk melakukan urusan harian mereka.

Menurut Maisarah Manani Ahmad, tugasnya sebagai anggota bomba yang kadang-kala terlibat dalam operasi berhari-hari menyebabkannya kekurangan masa untuk berurusan di pejabat-pejabat kerajaan, institusi kewangan mahupun pejabat pos berhampiran.

“Tambahan pula jika hendak ke bank berdekatan selain urusan ATM, dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Koyan ini jaraknya diantara 20 hingga 25 kilometer kerana saya perlu ke Bandar Lipis.

“Maka dengan adanya aplikasi PahangGo ini ianya amat memudahkan kerana dari balai bomba ini pun saya boleh membayar segala bil utiliti, boleh membeli tiket bas dan mendapat pelbagai maklumat berkenaan Negeri Pahang.

“PahangGo telah banyak menyelesaikan masalah saya dan rakan-rakan di sini. Ramai anggota bomba di Sungai Koyan telah menggunakan aplikasi PahangGo ini, terima kasih Kerajaan Negeri Pahang,” katanya.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: