Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain.

COVID-19: PERLU MAKLUM PIHAK BERKUASA SEBELUM SALUR BANTUAN

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 22 MAC 2020: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan dan badan-badan amal perlu merujuk kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah masing-masing jika ingin menyalurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain berkata, ini kerana bagi mengelakkan perkara yang tidak sihat selaras dengan arahan Kerajaan Negeri sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

“Selain itu, pekerja di semua sektor kecuali sesetengah sektor yang dikecualikan harus berada di kediaman masing – masing bagi mengelak dijangkiti wabak COVID-19 ini.

“Mengikut Akta Kerja 1955, para pekerja harus teliti dengan cuti Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh pihak kerajaan. Jika ada pelanggaran harus melaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja di daerah masing-masing supaya hak pekerja tidak terjejas,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Beliau juga menasihati golongan belia supaya jangan melakukan aktiviti luar dan riadah pada masa kini bagi mengawal dan mencegah penularan wabak COVID-19 ini.

“Pada masa yang sama, jika didapati terdapat tanda-tanda kecil wabak ini dengan kadar segera sila lakukan pemeriksaan yang rapi atau menghubungi pihak hospital dan klinik kesihatan yang berdekatan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: