Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Dato’ Abd Rahim Muda ketika membuat pemantauan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA).

COVID-19: PENDUDUK TIDAK PERLU BIMBANG, KAWALAN DI SUKPA SANGAT KETAT

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim dan Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 11 DISEMBER 2020: Orang ramai khususnya penduduk di sekitar Indera Mahkota, di sini, tidak perlu bimbang dan risau dengan penempatan seramai 141 pesakit COVID-19 bukan warganegara di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Dato’ Abd Rahim Muda berkata, masyarakat tidak perlu berasa bimbang kerana kawalan ketat akan dilaksanakan 24 jam setiap hari.

Anggota bomba membuat sanitasi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA).

“Kawalan keselamatan daripada polis, angkatan tentera, RELA dan sebagainya dipertingkatkan bagi memastikan kawasan ini tidak dapat dicerobohi oleh orang luar.

“Pesakit di dalam SUKPA juga tidak boleh keluar dari kawasan ini, jadi tidak perlu bimbang,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19, di sini, hari ini.

Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA).

Sementara itu, Pengarah Keselamatan Negeri Pahang, Encik Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, seramai 141 pesakit COVID-19 bukan warganegara dari Kluster Genting bakal di tiba di Pusat Kuarantin dan Rawatan itu, petang hari ini.

“Sebanyak lima buah bas diiringi oleh dua buah van sepanjang perjalanan pesakit ke SUKPA ini dan bas tersebut akan bergerak terus serta tidak akan berhenti ketika perjalanan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Tuan ACP Mohamad Noor Yusof Ali turut memaklumkan bahawa beberapa sekatan jalanraya di kawasan berdekatan SUKPA juga akan diperketatkan bagi memastikan tiada pergerakan keluar masuk.

“Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menempatkan seramai 80 hingga 90 anggota untuk berkawal dalam tempoh 24 jam di sekitar kawasan SUKPA,” katanya.- PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 1,377 total views,  6 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download