COVID-19: PASAR MALAM DAN PASAR TANI DI KUANTAN DITUTUP SEHINGGA 31 MAC

KUANTAN, 17 MAC 2020: Semua pasar malam dan pasar tani di daerah ini ditutup mulai esok sehingga 31 Mac ini berikutan pengumuman perintah kawalan pergerakan oleh Perdana Menteri, YAB. Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin malam tadi.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Puan Norkamawati Kamal berkata, sebanyak 49 pasar malam dan pasar lambak dan tujuh pasar tani ditutup berikutan penularan wabak COVID-19.

“Selain itu, turut ditutup adalah 37 pusat jaja. Oleh itu, orang ramai yang ingin mendapatkan barang keperluan boleh berbuat demikian di pasar raya atau kedai runcit yang dibuka seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang di sini turut ditutup bermula esok hingga 31 Mac ini.

“Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat melalui talian 09-512 1555 atau melayari laman sesawang MPK iaitu www.mpk.gov.my,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: