Penguatkuasa MPK mengarahkan peniaga di Pasar Pagi Kampung Jawa menutup operasi hari ini.

COVID-19: MPK ARAH PASAR PAGI KAMPUNG JAWA DITUTUP

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Ihsan MPK

KUANTAN, 18 MAC 2020: Hari ini bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan, namun masih ada pihak yang berdegil dengan membuka operasi perniagaan termasuk di Pasar Pagi Kampung Jawa di sini.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), pihak penguatkuasa terpaksa mengarahkan peniaga di pasar pagi itu menutup operasi mereka.

Menurut Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal, pihaknya mendapat maklumat mengenai pembukaan pasar pagi itu sebelum anggota bergegas ke lokasi.

“Penguatkuasa MPK kemudian mengarahkan kesemua peniaga penutup operasi mereka dan kesemua mengikut arahan yang diberikan.

Keadaan Pasar Pagi Kampung Jawa yang dibuka walaupun bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan hari ini.

“Kita juga mendapat aduan pasar pagi di Kampung Sentosa di sini turut dibuka, namun apabila pihak penguatkuasa sampai, sudah tiada peniaga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun, beberapa pasar awam masih dibuka iaitu Pasar Besar Kuantan, Pasar Beserah, Pasar Semambu dan Pasar Taman Tas.

“Semua pasar awam yang di dalam bangunan masih dibenarkan untuk beroperasi namun pasar pagi dan pasar lambak yang berbentuk jaja diarahkan tutup. Justeru orang ramai boleh pergi ke pasar awam ini untuk membeli keperluan mereka.

“Terdapat sebanyak 49 pasar malam dan pasar lambak dan tujuh pasar tani ditutup berikutan penularan wabak COVID-19. Selain itu turut ditutup adalah 37 pusat jaja,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: