Penduduk Sungai Isap membaca doa selepas menunaikan Solat Hajat dalam usaha mencegah penularan wabak COVID-19.

COVID-19: MB PAHANG SERTAI SOLAT HAJAT

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Mahathir Ali

KUANTAN, 13 MAC 2020: Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menunaikan solat hajat bersama kira-kira 500 jemaah di Masjid Al-Falah, Sungai Isap di sini dalam usaha mencegah penularan wabak COVID-19.

Solat Hajat dua rakaat itu dilakukan bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini berikutan penularan wabak COVID-19.

YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy mengaminkan doa selepas menunaikan Solat Hajat.

Terdahulu, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bersama jemaah masjid berkenaan turut membaca Doa Qunut Nazilah dalam Solat Jumaat.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur, YB. Encik Rosli Abdul Jabar, ADUN Inderapura, YB. Dato’ Sri Haji Shafik Fauzan Sharif dan Ketua UMNO Bahagian Kuantan, YH. Dato’ Sri Ab Hamid Mohd Nazahar.

Selesai Solat Jumaat, beliau turut menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri kepada 20 orang fakir miskin dari sekitar kawasan Sungai Isap.

Dalam program yang sama, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy turut mengadakan ziarah kasih ke empat buah rumah penduduk di sekitar Sungai Isap yang mengalami keuzuran.

Menteri Besar Pahang (Tengah) selepas menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin di sekitar Sungai Isap, Kuantan.

Sebelum ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta semua masjid di seluruh negeri ini mengadakan Doa Qunut Nazilah sewaktu Solat Jumaat dan Solat Subuh berikutan penularan wabak COVID-19.

Pemangku Raja Pahang bertitah, ia perlu dilaksanakan secara berterusan sehingga keadaan penularan wabak berkenaan terkawal. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: