Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan sumbangan Prihatin COVID-19 Mahasiswa Anak Pahang yang terkesan akibat penarikan balik pendaftaran secara fizikal di Wisma Sri Pahang di Kuantan hari ini.

COVID-19: KERAJAAN PAHANG SUMBANG RM612,600 KEPADA MAHASISWA TERKESAN

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 15 OKTOBER 2020: Kerajaan Pahang menyumbang sebanyak RM612,600 kepada mahasiswa anak Pahang yang terkesan akibat penarikan balik pendaftaran secara fizikal di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) baru-baru ini berikutan penularan wabak COVID-19.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan ini adalah keperihatinan Kerajaan Pahang kepada para pelajar yang terkesan.

“Kerajaan Pahang memang mengambil berat hal berkaitan kebajikan rakyat termasuklah melibatkan para pelajar jadi melalui Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN), kita telah membuka permohonan secara atas talian kepada para pelajar yang terkesan ini.

“Setelah permohonan disemak, kita meluluskan 3,063 permohonan daripada mahasiswa anak Pahang melibatkan bantuan sebanyak RM200 setiap seorang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Penyerahan Bantuan Prihatin COVID-19 Kerajaan Negeri Pahang dan Yayasan Pahang di Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan sumbangan Prihatin COVID-19 Mahasiswa Anak Pahang yang terkesan akibat penarikan balik pendaftaran secara fizikal di Wisma Sri Pahang di Kuantan hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang, YBhg. Prof. Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff; Pengurus Besar Yayasan Pahang, YH. Dato’ Mahmud Mohd Nawawi; Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Pahang, YH. Dato’ Zaman Azam Sharif dan Setiausaha Kerja Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Hanafi Abdul Latif.

Beliau berkata, bantuan tersebut akan disalurkan kepada kesemua penerima bantuan bermula esok dan dijangka dapat diagihkan selewatnya minggu hadapan.

Yang DiPertua MAMPAN Kebangsaan, Muhammad Ainnor Basir Mohd Rosdi.

“Pemberian ini diharapkan dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mahasiswa yang terkesan dengan penarikan balik pendaftaran secara fizikal kemasukan ke IPT sesi Oktober 2020.

“Kerajaan Pahang tidak ada niat lain tetapi sekadar membantu dan menjalankan tanggungjawab sebagai pemerintah,” katanya.

Menurut Yang DiPertua MAMPAN Kebangsaan, Muhammad Ainnor Basir Mohd Rosdi, beliau mewakili mahasiswa anak Pahang berterima kasih di atas keperihatinan Kerajaan Pahang kepada para pelajar.

“Kami berterima kasih kepada YAB Menteri Besar di atas keperihatinan beliau terhadap kebajikan mahasiswa yang terkandas dan yang terkesan akibat COVID-19 -19,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 150 total views

Please follow and like us:
error
error: