YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak.

COVID-19: KERAJAAN PAHANG KELUARKAN ARAHAN PENUTUPAN PREMIS DI ENAM DAERAH

KUANTAN, 20 MAC 2020: Kerajaan Negeri Pahang telah mengeluarkan arahan penutupan premis di enam daerah di negeri ini sepanjang tempoh Printah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin serius.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak berkata, arahan itu meliputi semua premis di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kuantan, Majlis Perbandaran Temerloh, Majlis Perbandaran Bentong, Majlis Daerah Pekan, Majlis Daerah Jerantut dan Majlis Daerah Cameron Highlands.

Beliau berkata, semua premis di keenam-enam daerah itu yang dibenarkan beroperasi hendaklah ditutup pada jam 7 petang hingga 7 pagi termasuk khidmat pandu lalu.

Menurutnya lagi, semua kedai serbaneka di stesen-stesen minyak di keenam-enam daerah itu juga hendaklah ditutup dari jam 10 malam hingga 6 pagi dan hanya perkhidmatan isian minyak sahaja dibenarkan beroperasi mengikut kelulusan lesen premis sedia ada.

“Semua kedai serbaneka 24 jam termasuk 7 Eleven di Majlis Perbandaran Kuantan, Majlis Perbandaran Temerloh, Majlis Perbandaran Bentong, Majlis Daerah Pekan, Majlis Daerah Jerantut dan Majlis Daerah Cameron Highlands ditutup bermula jam 7 petang hingga 7 pagi,” katanya menerusi satu kenyataan media, di sini hari ini.

Dato’ Sri Dr Sallehuddin juga berkata, arahan itu berkuatkuasa mulai 21 hingga 31 Mac ini atau sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ditarik balik.

Menurutnya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas bagi memastikan arahan ini dipatuhi. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: